AZAM TAHUN 2022
Assalamualaikum, terima kasih sahabat-sahabat yang sudi singgah di blog Aini. Selamat Tahun baru 2022. Aini doakan moga tahun baru ini membawa lebih sinar kebahagiaan, kejayaan dan ketenangan untuk kita semua. 9 Januari 2022,tepat jam 11.03 malam Aini menulis posting ini. Tarikh yang amat penting kerana hari inilah Aini bermula untuk 'come back' dalam menulis blog. Lama sangat blog Aini ini bersawang. Tahun baru ini Aini berazam untuk aktif dalam menulis blog. Sebenarnya ini juga sebagai latihan untuk Aini mengasah bakat dalam penulisan. Hihi terpanjang pula Aini bercoleteh. Okay sahabat, kita kembali kepada tajuk azam tahun 2022. Setiap kali tahun baru, pasti kita ada tidak banyak pun sedikit azam untuk dicapai, betul tak? Ada orang berazam untuk simpan duit banyak-banyak, nak jadi pekerja cemerlang, nak lebih jaga kesihatan, nak tambah ilmu yang bermanfaat. Pendek kata, kita semua mempunyai azam yang berbeza-beza mengikut apa yang diri kita mahukan. Aini kongsikan di sini ...