AZAM TAHUN 2022

Assalamualaikum, terima kasih sahabat-sahabat yang sudi singgah di blog Aini.

Selamat Tahun baru 2022. Aini doakan moga tahun baru ini membawa lebih sinar kebahagiaan, kejayaan dan ketenangan untuk kita semua.

9 Januari 2022,tepat jam 11.03 malam Aini menulis posting ini. Tarikh yang amat penting kerana hari inilah Aini bermula untuk 'come back' dalam menulis blog.

Lama sangat blog Aini ini bersawang. Tahun baru ini Aini berazam untuk aktif dalam menulis blog. Sebenarnya ini juga sebagai latihan untuk Aini mengasah bakat dalam penulisan.

Hihi terpanjang pula Aini bercoleteh. Okay sahabat, kita kembali kepada tajuk azam tahun 2022.

Setiap kali tahun baru, pasti kita ada tidak banyak pun sedikit azam untuk dicapai, betul tak? 

Ada orang berazam untuk simpan duit banyak-banyak, nak jadi pekerja cemerlang, nak lebih jaga kesihatan, nak tambah ilmu yang bermanfaat. Pendek kata, kita semua mempunyai azam yang berbeza-beza mengikut apa yang diri kita mahukan. 

Aini kongsikan di sini beberapa azam tahun baru. Selagi Aini tak catatkan azam yang duduk terbang dalam kepala Aini ini, selagi itulah rasa tak senang duduk. 

Moga apabila tercatat di sini, jadi sumber inspirasi untuk Aini mencapainya. 

Azam Tahun Baru 2022:


1. Aini nak jadi seorang wanita yang tenang. Ketenangan kecantikan yang mempesonakan pada diri wanita. Apabila tenang, banyak kerja dan tanggungjawab akan dilangsaikan dengan sempurna. 


2. Jadi wanita yang lebih sabar. Termasuklah sabar dalam menerima dan mendengar kritikan. Tak nak dah jadi wanita yang lembik macam pisang buruk bila kena kritik. Tak nak dah jadi wanita yang hati tisu asyik nak meleleh air mata bila ditegur. Ya, mulai hari ini, Aini berazam untuk mendidik hati ini menjadi sekeras batu. 

"Jadi anak muda ni, hati kena kuat Nak," Ayat inilah yang telah menjentik hati Aini untuk memiliki hati yang teguh dan tidak terkesan dengan kata-kata orang. 


3. Nak jadi wanita yang sayang dan suka cari ilmu. Hanya dengan ilmu, yang bodoh menjadi pintar, yang tidak dihormati mula dihormati dan ilmu itu sendiri penyuluh kepada kehidupan. Sebelum ini, sudah banyak waktu yang Aini bazirkan. Sudah tidak masa untuk Aini penuhi masa yang ada dengan menuntut ilmu yang bermanfaat. 


4. Cuba untuk menjadi wanita yang pandai mengurus kewangan. 


5. Jadi wanita yang jelas dengan matlamat hidup. 

Okay itu sahaja, apa azam tahun baru 2022 sahabat? Jom kita kongsi. 












Comments

Popular Posts